Saturday, 14 November 2015

Temenggung Pertahan JUARA Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-22


Temasya Sukan SK Setiawangsa SBT Kali Ke-22 telah dirasmikan oleh mantan Guru Besar SK Setiawangsa, YBhg. Datuk Hj. Ruslan bin Madon. Kejohanan kali ini dibuat secara kecil-kecilan dengan hanya melibatkan acara 80m, 100m, 200m, 400m dan lontar peluru. Sejumlah 30 pingat emas menjadi rebutan setiap pasukan untuk bergelar juara. Sebelum ini, tarikh kejohanan telah beberapa kali ditunda akibat kualiti udara tidak sihat beberapa bulan yang lalu diikuti arahan penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-22 ini. Tahniah juga buat semua atlit yang bertanding kerana berjaya menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan dalam acara yang disertai.


TAHNIAH buat Pasukan Rumah Biru(Temenggung) berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila berjaya mengumpul pingat emas terbanyak pada Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-22 yang berlangsung di Padang SK Setiawangsa.


Pautan: Temasya Sukan Tahunan SK Setiawangsa SBT Kali Ke-22, 2015

Pemberitahuan

Pekeliling