Monday, 11 November 2013

Profil SKS

Nama : SK Setiawangsa (Sekolah Berprestasi Tinggi)

Zon : Keramat

Negeri : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Guru Besar : Pn. Hjh. Siti Rokiah bt. Salleh

Kod : WBA 0058

Kategori : Bandar

Gred :  A

Sesi : 2 sesi (Pagi: Tahun 1, 5 dan 6/ Petang : Tahun 2, 3 dan 4)

Misi: Pendidikan Berkualiti Terdidik Negara Sejahtera

Visi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Motto : Ilmu Iman Bakti

Lencana Sekolah 
 

 Keterangan :

BUKU
Salah satu sumber pencarian ilmu pengetahuan yang merupakan alat
utama digunakan disekolah.

BUNGA RAYA
Bunga Kebangsaan Malaysia yang melambangkan perpaduan dan
setiakawan warga sekolah.

MOLEKUL ATOM
 Melambangkan pendidikan yang berteraskan teknologi dunia.

JALUR MERAH dan BIRU
Jalur pada bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
melambangkan lokasi sekolah di bawah pentadbiran JPWPKL

Lagu Sekolah

MENUJU KEJAYAAN
Kami berikrar dan berjanji
Mengisi ilmu didada
Gigih berusaha rajin belajar
Mengamal nilai murni

Guru pendorong matlamat suci
Ibu bapa pimpinlah kami
Agar maruah sentiasa dibela
Sekolah Setiawangsa

Beriman, Berilmu dan juga berbakti
Itulah pegangan kami
Mulia agama, bangsa, Negara
Menuju ke arah kejayaan
Menuju ke arah kejayaan

[Audio]

Maklumat Staff

Bilangan Guru : 148
staff sokongan : 6 orang
Juruteknik : 1 orang
Pegawai Pemakanan : 1 orang
Pengawal Keselamatan : 3 orang


Pemberitahuan

Pekeliling