[Email rasmi sekolah: webmaster@skts.edu.my][Email Guru besar: ruslan.madon@gmail.com][Email beritaSKSKL: beritaskskl@gmail.com]
Tonton video beritaskskl di: http://www.youtube.com/user/beritaskskl

Pic 1

Mesyuarat guru dipengerusikan oleh Guru Besar-Hj. Ruslan bin Madon

Pic 2

Guru Besar mengiringi YB Dato' Hj. Zulhasnan Rafique selepas meyampaikan hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang SKS 2012

Pic 3

Barisan guru-guru tahun 6 sempena Majlis Graduasi Tahun 6 SKS 2012

Pic 4

Majlis Bacaan Yasin yang diadakan di surau sekolah bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk guru-guru dan keluarga mereka.

Pic 5

Sebahagian daripada guru-guru yang menyertai Kursus Pembinaan Item di Genting Highlands pada 21-22 April 2012

Wednesday, July 25, 2012

Tema dan Logo Kemerdekaan ke 55

2012 :

KUALA LUMPUR: 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.


Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

"Pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing.

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA


Tuesday, July 24, 2012

Borang Pendaftaran Pertandingan Video Hari Merdeka SKS

Tarikh Penyertaan telah ditutup. Harap maklum...
Sila hubungi Cikgu Ehzam untuk maklumat lanjut.

Peperiksaan Percubaan UPSR sedang berjalan

bermula pada hari ini (24 Julai 2012) sehingga Khamis (26 Julai 2013)

Didoakan kepada semua murid tahun 6 agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang terbaik.

Semoga Berjaya!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More