Didoakan kepada semua murid tahun 6 agar dapat menjawab soalan dengan tenang.
Semoga beroleh keputusan yang baik sebagai bekalan semangat bagi menghadapi UPSR yang sebenarnya nanti.
Jalan Setiawangsa 13, 54200 Taman Setiawangsa. Telefon:03-42528019 Faks:03-42523628
Guru Besar mengiringi YB Dato' Hj. Zulhasnan Rafique selepas meyampaikan hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang SKS 2012
Majlis Bacaan Yasin yang diadakan di surau sekolah bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk guru-guru dan keluarga mereka.
Sebahagian daripada guru-guru yang menyertai Kursus Pembinaan Item di Genting Highlands pada 21-22 April 2012





Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
http://drdanial.faithweb.com/stress.htm
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
herbajantung.com